Laman Rasmi Sek. Men. Keb. Datuk Mansor....

 


Kata Aluan

Falsafah,Objektif & Misi

Sejarah Sekolah

Logo Sekolah

Lagu Sekolah

Pelan Sekolah

Falsafah,Visi dan Objektif

FALSAFAH SMKDM

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, SMK Datuk Mansor akan berusaha memperkembangkan bakat dan potensi secara bersepadu untuk menjana pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan


VISI SMKDM

Pencapaian terbaik dalam semua peperiksaan di kalangan sekolah harian di Negeri Sembilan pada tahun 2006, menjadi contoh dalam kecemerlangan sahsiah dan menjuarai pencapaian sukan dan kokurikulum Daerah Jempol menjelang 2005


OBJEKTIF SMKDM

Menyediakan segala kemudahan fizikal kepada warga sekolah
Mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dinamik
Mewujudkan suasana sekolah yang selamat dan kondusif
Memberi perkhidmatan pendidikan yang cemerlang dan mesra kepada
pelajar, ibubapa masyarakat dan sesiapa saja yang memerlukan perkhidmatan
Menanamkan semangat patriotisme di kalangan warga sekolah
Menjalin hubungan yang erat antara warga sekolah, PIBG dan masyarakat
Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik
Membudayakan sahsiah yang tinggi serta unggul dalam kegiatan kokurikulum