
Kata Aluan
Falsafah,Objektif & Misi
Sejarah Sekolah
Logo Sekolah
Lagu Sekolah
Pelan Sekolah
|
Sejarah
Sekolah

Awal penubuhannya, sekolah ini dinamakan Sek. Men. Inggeris,
Bahau tetapi pada 22hb. September 1972, nama sekolah ini telah ditukar
kepada Sekolah Menengah Dato’ Mansor sempena nama Menteri Besar
Negeri Sembilan iaitu YAB Dato’ Mansor Othman. Penubuhan sekolah
ini atas keperluan sekolah menengah di Bahau.
Sejarah awal sekolah ini bermula dengan menumpang di Sek. Rendah St. Aidan,
Bahau pada 1963, pengetua pertamanya ialah En. Daradas Dorairaj. Tiga
tahun kemudian iaitu pada Januari 1966 sekolah ini telah dibuka di tapak
yang ada sekarang dengan tiga blok bangunan . Sekolah ini telah dibuka
dengan rasminya pada 25 Februari 1969 sebagai Bahau English School oleh
Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Tan Sri Mohamad Khir bin Johari. Nama
sekolah ini kemudiannya ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'
Mansor pada 22 September 1972 bersempena nama Yang Amat Berhormat Datuk
Mansor b. Othman, selaku menteri besar Negeri Sembilan ketika itu.
Jumlah pelajar yang hanya 27 orang di awal pembukaan sekolah telah meningkat
dari tahun ke tahun. Sekolah ini telah dijalankan secara dua sesi, iaitu
kelas tingkatan satu dan peralihan diadakan pada sesi petang sehingga
tahun 2002. Demi pertambahan pelajar, bangunan ditambah dari tahun ke
tahun. Kini selain bangunan tempat belajar, terdapat juga asrama, surau,
dewan, koperasi dan tempat kemudahan bersukan seperti padang, gelanggang
tenis dan gelanggang bola keranjang. Pelbagai kemudahan yang terdapat
di sekolah ini juga dinaik tarafkan dari masa ke semasa.
Antara nama-nama yang pernah menjadi pengetua di sekolah
ini adalah:
En. P.A. Madhavan : 1972 -1975
En. P.P. Nair : 1966 -1972
En. Mohd. Zain B.Hj. Rais : 1975 -1978
En. Yussof B. Hj. Kasim : 1978 -1980
En. Mohd. Razali Hj Mahmud : 1980 - 1982
En. Tilak Raj Sharma : 1982 - 1983
En. Ung Tat Hean : 1983 - 1988
En. Zahidin Hj Sidek : 1988 - 1995
En. Lim Chek Heng : 1995 - 1998
Pn. Mariah Noor Hj Yem : 1998 - 2000
En. Thong Kok Chaw : 2000 - 2003
Tn. Hj. Zakaria B. Md. Zin : 2003 - sekarang
|