![]() |
Laman
Rasmi Sek. Men. Keb. Datuk Mansor .... |
|||||||
|
||||||||
![]() |
|
Kata Aluan Tuan Pengetua
Sekalung tahniah dan penghargaan terhadap usaha yang dilakukan oleh AJK yang dilantik untuk membangunkan laman web sekolah ini. Di kesempatan ini juga tidak lupa diucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama memberikan bantuan, kerjasama, sokongan dan apa juga nasihat untuk membangunkan sekolah ini demi kemajuan pelajar. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju menjelang tahun 2020, pihak sekolah turut serta dalam arus pembangunan dan kecanggihan Multimedia Super Corridor. Ini kerana kecanggihan dalam sistem maklumat membolehkan seseorang mengetahui apa sahaja maklumat dalam tempoh yang singkat, dengan hanya menggunakan komputer. Jadi dengan adanya laman web sekolah yang memaparkan segala maklumat tentang sekolah ini, semua pihak terutamanya pihak ibubapa dan pelajar dapat mengetahui perkembangan yang berlaku di sekolah. Akhir kata, kemajuan teknologi maklumat hanya dapat diikuti oleh mereka yang sentiasa mengikuti perkembangannya. Semua pihak, terutamanya warga pendidik diharapkan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan teknologi maklumat terkini.
TN HJ. ZAKARIA MD ZIN PENGETUA SMK DATUK MANSOR
|